Berada Pada Ketinggian 148 Tingkat, Nelydia Senrose Merangkak Bila Tengok Permandangan Luar Burj Khalifa

Elrafaei Sapi
November 29, 2018 09:30 MYT
Bayangkan bagaimana perasaan pelakon jelita, Nelydia Senrose apabila melakukan fotografi di atas bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Dubai, UAE.
Perasaan itu dikongsi Nelydia menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, @nelydiasenrose yang menunjukkan dia sebenarnya kelihatan cukup gementar.
"Ini apa yang berlaku di sebalik tabir ketika saya cuba melakukan sesi fotografi. Perasaan takut saya pada ketinggian bukan jenaka tapi saya tetap melakukannya cuma sekali di Burj Khalifa," katanya.
Dalam video itu, Nelydia memang kelihatan gugup pada wajahnya sebaik melihat pemandangan luar tingkap bangunan itu.
Lebih menarik perhatian netizen di media sosial apabila Nelydia turut merangkak dari posisi bergambar ketika dia duduk di satu penjuru tingkap bangunan itu yang memaparkan permandangan luas dari atas.
"Ni 148 tingkat so faham tak perasaan gayat yang macam tak rasa kaki tu?," katanya.
Ada segelintir netizen mengucap tahniah pada Nelydia yang berani untuk melakukan fotografi tersebut.
"Hahahaha kelakar la @nelydiasenrose Ni tapi kalau akak pun sama dah merangkak macam tu jugak hahahha," kata netizen yang dikenali sebagai @starmoonmai.
Dalam satu lagi status, Nelydia memberitahu bangunan itu menjadi lokasi wajib dikunjungi pelancong jika ke Dubai.
"Ia mempunyai cabaran tersendiri selain daripada senibina yang menakjubkan. Pengalaman pertama kali saya di sini dan saya kongsikan buat anda semua," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @nelydiasenrose
#Nelydia Senrose #Dubai #Burj Khalifa