“Beragaklah Dalam Mengecop Pendakwah, Kerana…”- PU Syed Jawab Isu Dai’ Farhan

Syafiqah Jalal
Disember 5, 2019 07:24 MYT
Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak antara pendakwah yang turut terpalit dengan isu rumah tangga Dai’ Farhan apabila seorang netizen bertanyakan mengenai hukum menceraikan isteri ketika hamil.
Warganet tersebut bertanyakan apakah wajar menceraikan isteri sedang hamil menerusi aplikasi WhatsApp atas sebab nusyuz tanpa sempat isteri membuat pembelaan.
Paparan skrin soalan tersebut di muat naik oleh PU Syed di dalam akaun Instagram miliknya.
PU Syed menjawab persoalan tersebut menerusi kapsyen dalam entri yang sama.
Menurutnya talak adalah jalan terakhir untuk sesebuah ikatan perkahwinan.
“Talak adalah jalan terakhir untuk sesebuah ikatan perkahwinan
“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Dan: "Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga."
“Apakah punca perceraian itu terjadi? Adakah ia satu-satunya jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yang hadir dalam rumah tangga?,” tulisnya.
Pun begitu, PU Syed berkata dia tidak mahu masuk campur urusan Dai Farhan dan meminta agar netizen mendoakan yang terbaik buat mereka.
Malah tegasnya agar netizen supaya tdiak terus-menerus menuduh pendakwah dengan sikap yang buruk.
“Ambe (saya) tak nak masuk campur urusan yang telah terjadi, Insya-Allah masih boleh diperbaiki, mohon netizen doakan agar apa-apa masalah jangan kita taburkan lagi minyak ke dalam api, kadang-kadang yang kecil boleh jadi marak.
“Bagi netizen, beragaklah dalam mengecop pendakwah, kerana kita tidak berada di situasi mereka,” katanya.
Semalam, Farhan mengesahkan bahawa dia telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin dengan talak satu menerusi aplikasi Whatsapp.
Nama Farhan masih tular disebut-sebut netizen di media sosial apabila dia mendedahkan pernah didekati oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.
Terdahulu, pendedahan Farhan menikahi janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kecaman ramai apabila timbul dakwaan perkahwinan itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.
Pendedahan demi pendedahan dibuat daripada pelbagai pihak termasuk isteri pertama Farhan, Fatin.
#Kahwin #cerai #Kahwin #Pendakwah #PU Syed #Dai Farhan