Beraksi Dalam Filem John Wick & Star Wars, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Yayan Ruhian!

Hanafis Haris
November 26, 2019 11:43 MYT
Filem Wira yang baru ditayangkan baru-baru ini telah mendapat pujian dan respon positif daripada penonton serta pengkritik filem.
Antara yang dipuji adalah babak pertarungan dalam filem ini yang disifatkan bertaraf Hollywood.
Namun tahukah anda kesemua koreografi itu dihasilkan oleh pelakon Wira itu sendiri iaitu Yayan Ruhian.
Persoalannya siapakah Yayan Ruhian? Ini antara fakta menarik tentang pelakon lagenda Indonesia ini.

#1 Tokoh Silat Indonesia

Jika di Indonesia, Yayan lebih dikenali sebagai tokoh silat yang berasal dari Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia.
Pembabitannya lebih 30 dalam dunia seni bela diri itu menjadikan dia begitu dikagumi hingga membawanya ke dunia lakonan bercorak aksi.

#2 Mula Dikenali Menerusi Filem...

Filem yang dilakonkan oleh Yayan bukan calang-calang kerana hampir kesemuanya bertaraf antarabangsa.
Nama Yayan mula dikenali menerusi filem Merantau dan The Raid sebelum muncul dengan lebih 'brutal' dalam The Raid 2.

#3 Percaya Atau Tidak Yayan Sebenarnya Pernah...

Mungkin ramai yang tidak tahu, Yayan pernah beraksi dalam filem blockbuster hebat iaitu Star Wars Episode VII: The Force Awakens.
Yayan memainkan peranan sebagai Tasu Leech iaitu ketua Kanjiklub Gang yang beroperasi sekitar tiga puluh tahun setelah Pertempuran Endor.

#4 Bintang John Wick
Berlakon satu filem bersama Keanu Reeves antara pencapaian terbaik Yayan.
Bayangkan, kutipan filem John Wick : Chapter 3 – Parabellum pernah menggalahkan dominasi Avengers: End Game ketika tayangan di Amerika Syarikat.
John Wick : Chapter 3 – Parabellum berjaya mengutip sebanyak USD57 juta (RM239 juta) berbanding Avengers: Endgame dengan kutipan sebanyak USD29.4 juta (RM123 juta) pada minggu pertama tayangan.

#5 Yayan Vs Hairul Azreen Dalam Wira

Penonton perlu mengambil peluang tayangan filem Wira yang telah pun bermula ketika ini kerana Yayan akhirnya muncul dalam naskhah Malaysia.
Dalam Wira, Yayan membawa watak sebagai membawa watak Ifrit iaitu orang kanan kepada seorang ketua gangster bernama Raja.
Tidak sekadar melakonkan watak tersebut, Yayan juga mendedahkan dia menjadi individu penting menghasilkan koreografi babak pertarungan dalam Wira.
BACA: Patutlah Babak Fighting Level Antarabangsa, Pelakon Filem Wira Rupanya Dilatih Oleh...
Ramai yang memuji aksi yang ditampilkan dalam filem ini, jadi anda tidak seharusnya ketinggalan untuk tonton Wira di pawagam berhampiran.
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Baca: “Wira Buat Saya Rasa Seperti Berlakon Di Hollywood” - Yayan Ruhian, Bintang John Wick 3
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 November ini.
#Wira #Yayan #John Wick