Berita
Berang Dipecat, Bekas Pekerja Bakar Pejabat
Suspek dikenali sebagai Agus Rahmat, 38, didapati membakar Pejabat Perkhidmatan Cukai Kotabumi, Lampung Utara, yang dipercayai dilakukannya secara bersendirian.
BERITA BERKAITAN: Gembira 'Subscriber' YouTube Cecah 1 Juta, Aisar Khaled Sedekah 1 Juta Rupiah Kepada Anak Yatim Di Indonesia
BERITA BERKAITAN: Adli Goldenboy Puji Aisar Khaled Sahut Cabaran Lawan Fadly, Umum Bakal Bertarung Tahun Depan Tebus Kekalahan – “Level Macam Tu Level Saya Main Atas Ring”
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Lampung Utara, AKP Stefanos Reinaldo Nuswantoro Boyoh, berdasarkan rakaman kamera tertutup (CCTV), suspek dillihat memasuki pejabat itu sebelum membakarnya.
"Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.
"Dia dipecat daripada jawatannya sebagai pengawal keselamatan sejak Ogos 2024, jadi dia berdendam dan mahu membalasnya," katanya kepada wartawan pada Rabu.
Stefanos berkata, akibat daripada perbuatannya itu pejabat itu rosak teruk sementara dianggarkan wang sebanyak Rp 500 juta (RM140,000) turut hangus.
Agus berjaya diberkas di rumahnya di Kelurahan Rejosari, Kecamatan Kotabumi, polis kini menyiasat lanjut untuk memastikan semua fakta adalah benar dan mendalami motif sebenar kejadian.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video