Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berang Ditipu Selebriti Wanita, Individu Minta Tolong Daripada Caprice - “Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Dia Tapi…”

Asyikin Mayudin
11/05/2024 00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice berkongsi paparan skrin mesej peribadi (DM) di Instagram dihantar oleh seseorang yang mendakwa dirinya kena tipu dengan seorang selebriti wanita.

Berhabis Duit Untuk Selebriti Wanita

Menerusi mesej itu, individu itu mendakwa dia sudah berhabis duit selain sepatutnya berkahwin dengan selebriti wanita yang akhirnya bercinta dengan hero gandingan.

“Asalamualaikum Cap saya macam nak share sikit la fasal satu artis yang sebelum ni saya sepatutnya saya kahwin dengan dia, akhirnya eh waktu dia shooting fuh bercinta dengan hero itu sampai sekarang.

“Kantoi semuanya. Saya dah habis dekat dia banyak juga Cap. Dalam masa setahun enam bulan hampir RM50,000 Cap. Saya ada bukti-bukti resit. Dan satu lagi, minta hantaran sampai RM100,000 Cap! Fuh!

“Memang gila Cap. Kalau Cap nak tahu lebih lanjut boleh balas DM saya Cap!” tulis individu tersebut.

Caprice Enggan Campuri

Bagaimanapun, Caprice memberitahu dia sudah serik untuk mengambil kes melibatkan selebriti Malaysia dan meminta individu itu meneruskan sahaja kehidupan.

“Maaf bro, kes-kes artis Malaysia kita tak nak ambil dah. Too many taksubers (ramai yang taksub). Kau dan kena game, just move on,” balas Caprice.

Terdahulu, Caprice juga terpalit dengan kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz sehingga dirinya menerima pelbagai kecaman.

BERITA TRENDING: Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”

BERITA TRENDING: “Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Artis #Caprice #Selebriti Malaysia #Artis Malaysia #Sarah Yasmine
;