Penyanyi Miley Cyrus meluah rasa tidak puas hatinya apabila ada peminat yang mendakwa bahawa dirinya kini sedang hamil.

Menurut laporan Daily Mail, Miley Cyrus telah bekongsi sekeping gambar yang mengatakan peminatnya sebagai biadab kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

"Biadap! Saya sekarang ini tidak hamil, saya hanya kerap makan sehingga menampakkan badan hingga begini," tulisnya.

Rata-rata peminat menyokong tindakan yang dilakukan oleh Cyrus dan berharap agar dia dapat mengurangkan berat badan supaya tidak kelihatan seperti hamil.

Sebelum ini, Cyrus juga telah mengejutkan peminatnya apabila dia dan kekasih Liam Hemsworth didakwa sudah rasmi bergelar suami isteri sejak April lalu.

Lantas perkara itu juga telah mengundang tanda tanya serta spekulasi dalam kalangan pengikutnya yang mendakwa dia kini sudah hamil.

Sumber: Daily Mail