gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Berang Lagu 4U2C Dimuat Naik Tanpa Izin Di Platform Digital, AC Mizal Tuntut Penjelasan Man Senoi - “Keluarkan Suara Kami, Kau Jual Instrumental”

Umirah Halim
Umirah Halim
03/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Berang Lagu 4U2C Dimuat Naik Tanpa Izin Di Platform Digital, AC Mizal Tuntut Penjelasan Man Senoi - “Keluarkan Suara Kami, Kau Jual Instrumental”
Konflik antara anggota kumpulan 4U2C dan bekas pengurus mereka, Man Senoi terus berpanjangan apabila AC Mizal tampil menuntut penjelasan berhubung pemilikan serta royalti lagu-lagu kumpulan itu yang didakwa dimuat naik di platform digital tanpa persetujuan atau rundingan bersama anggota asal kumpulan tersebut.
Menurut AC Mizal, pihaknya sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk menimbulkan isu tersebut, namun ia tercetus selepas Man Senoi mendakwa 25 lagu kumpulan itu adalah hak milik penuh syarikatnya, Zman Production.
“Boleh tak tolong tanyakan Man Senoi tentang projek digital platform ini? Kalau betul-betul kamu nak jadi hero, tanya kepadanya tentang royalti atau mengeluarkan suara kami daripada lagu-lagu yang telah dimuat naik ke digital platform ini.
“Kerana kita tidak pernah timbulkan isu ini. Semua ahli kumpulan saya nak cari rezeki. Kalau saya cerita kerja apa yang mereka buat sekarang, kamu akan terkejut,” katanya.
Jelas AC, tindakan memuat naik lagu-lagu yang turut melibatkan sumbangan vokal anggota 4U2C tanpa persetujuan mereka dianggap sangat mengecewakan dan tidak adil.
Selain itu, AC juga meminta agar vokal anggota 4U2C dikeluarkan daripada lagu-lagu yang telah dimuat naik di platform digital.
“Kau cakap semua lagu kau, eh, Azam punya lagu, Jo punya lagu, saya punya lagu, semua kau ambil. Kau letak di digital platform, kemudian kau cakap kita orang yang tak betul.
“Kalau betul nak bersuara dan rasa diri betul, jawab sekarang. Dan sedar tak, dia asyik minta organizer jumpa dia… kerana apa? Tamak! Ini bukti dia tamak. Semua kau nak, mana bagi kita orang?
“Kita tak minta apa-apa, tapi keluarkan suara kami daripada lagu-lagu yang kononnya dia buat. Kau juallah instrumental, tak ada masalah,” tegasnya.
Dalam pada itu, AC turut menegaskan bahawa tindakan mereka membuat penjelasan bukan untuk mencetuskan permusuhan, tetapi sebagai usaha mempertahankan hak mereka.
“Kita tak nak ada musuh dengan sesiapa pun. Kita nak buat konsert, bukan nak bergaduh dengan orang. Tapi bila benda ni terlalu kritikal dan dicemuh macam-macam, itulah sebabnya kami tampil beri penjelasan.
“Kami hanya nak buat persembahan, itu saja. Tapi bila terlalu banyak kecaman dan salah faham, kami terpaksa bersuara,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, AC turut mendedahkan punca perpecahan kumpulan 4U2C dahulu sebenarnya disebabkan Man Senoi namun enggan memanjangkan isu tersebut.
“Memang kita orang tak suka dia dah sebab dia buat hal dulu. Itu sebab kami tak jumpa dia bertahun-tahun. Dia yang menyebabkan 4U2C berpecah. Saya boleh cerita tapi… tak berbaloi.
“Jadi, nak jumpa dia buat apa?” soalnya.
Terdahulu, Man Senoi dan isterinya Mama Rap mendakwa mereka tidak dimaklumkan tentang penganjuran konsert We 4U2C Live In Concert, selain mendakwa semua 25 lagu yang akan dipersembahkan dalam konsert itu adalah milik syarikat mereka, Zman Production.
Bagaimanapun, anggota 4U2C menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa segala urusan persembahan dibuat secara sah melalui Music Authors’ Copyright Protection (MACP).
Topic Berkaitan
#AC Mizal
#Lagu
#Man
#4U2C
#Hak
#cipta
#senoi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement