Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

Umirah Halim
05/09/2024 05:55 MYT

Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Saman 3 Individu

Terbaharu, Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang mencampuri urusan rumah tangganya.

Perkara itu dimaklumkan Khal selepas menerima komen negatif yang ditinggalkan seorang individu kepadanya.

“Aku diam korang menjadi jadi pulak. Esok saya akan saman 3 individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Tak Jaga Isteri Pertama Selepas Keguguran, Abang Tesla Nak Saman Kieda Crepe? - “Jangan Nak Terpaling Suami Awak Seorang…”


ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

“Untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tau dalam rumah tangga.

“Yang menghina seolah-olah tahu semua dalam sampai katil rumah saya teruskan,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh apabila isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi.

Sementara itu, Abang Tesla menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah kerana ada yang mahu melaga-lagakan kedua-dua isterinya.

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi pada Ogos tahun lalu.

Menurut Abang Tesla dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

#saman #Isteri #Abang #Individu #Tesla