Biarpun masih hijau dalam bidang seni, penyanyi baru Razak A'ai mempunyai pengikut sendiri di laman sosial.

Mempunyai suara yang serak-serak basah dan garau, ada pengikut Razak yang biasa melihat persembahan jejaka itu, sama ada persembahan di jalanan, saluran media sosial seperti YouTube, Instagram, Twitter mahupun Facebook menyamakan dia dengan bintang Indonesia, Cakra Khan.


Malah, ada juga segelintir netizen yang bersifat 'mak cik bawang' mendakwa Razak 'berangan' kerana mempunyai suara persis Cakra.

Tenang menjawab soalan pihak media, Razak memandang perkara itu dari sudut positif.

"Mungkin persamaan itu datang kerana 'tone' vokal kami seakan sama. Malah, ada juga yang menggelarkan saya Louis Armstrong.

"Tetapi, tidaklah sampai saya 'berangan' seperti Cakra. Bagi saya, sebagai bintang baru, saya perlu mencari identiti sendiri.

"Saya elakkan untuk membuat 'cover' lagu Cakra, takut disamakan dengan penyanyi itu. Biarlah saya naik dengan nama sendiri dan saya yakin perkara itu membuahkan hasil kelak," katanya.



Muncul dengan lagu Aku Setia hasil nukilannya sendiri, Razak mengakui langkahnya lebih yakin selepas bernaung dengan Todak Music.

"Sebelum ini, ketika saya berusia 19 tahun, saya pernah mencuba nasib dalam bidang seni tetapi ia tidak memberikan impak positif.

"Kini, saya sudah berusia 25 tahun, kembali ke persada seni dan bernaung di bawah payung Todak Music. Saya akui, perjalanan kerjaya lebih teratur dan saya juga muncul dengan single Aku Setia yang mendapat respon baik orang ramai," katanya lagi.





Razak ditemui di majlis pra pelancaran Todak Motorsports di Setia Alam baru-baru ini.

Acara terbabit diadakan sempena penjenamaan semula Todak Racing kepada Todak Motorsports dan merencana agenda menarik sepanjang tahun 2020.

now we start our first step of our journey. #gengtodak #todakmotorsport #todak

A post shared by Todak Motorsport (@todakmotorsport) on

Pelancaran dah, makan pun dh, karaoke pun dah. now we start our first step of our journey. Sepang Dilanggar Todak dh confirm. Date : 26 june 2020. jadi kepada semua kaki2 track, ini adalah medan pertempuran anda. jom support #gengtodak #todakmotorsport #todak

A post shared by Todak Motorsport (@todakmotorsport) on


Majlis ini juga menjelaskan hala tuju kelab komuniti ini yang dibangunkan sebagai satu dukungan dan inisiatif menyemarakkan arean sukan permotoran negara.

Turut hadir sama di majlis ini ialah Presiden Todak Motorsports, Mohamed Hafiz.