Berangkat Ke Palu, Ardell Aryana Sertai Misi Kemanusiaan & Bencana Alam

Zulaikha Yusof
April 17, 2019 04:49 MYT
Pelakon Ardell Aryana telah berangkat ke Palu, Indonesia untuk menjalankan misi kemanusiaan dan bencana alam semalam.
Menurut Ardell dia tidak menyangka secepat ini dia akan ke sana memandangkan jadual asalnya adalah pada bulan Ramadhan nanti.
Ardell menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya mengambil kesempatan memohon doa semoga urusannya dipermudahkan.
"Assalamualaikum..Alhamdulillah..Saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini, sepatutnya saya akan ke Palu Indonesia pada bulan ramadhan nanti.
"Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak @ydkmm_official saya kena ke sana, flight saya ke sana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam #Gempa yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana.
"Saya akan ke palu, sigi, donggala, petobo, sulawesi tengah. Doakan perjalanan saya semua & doakan semoga Indonesia tidak melalui tsunami yang dasyat seperti tahun lepas.
"Terakhir yang diberitahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku di sana oleh itu, jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka..
"Saya amatlah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya, tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima," tulisnya.
Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan Ardell berjalan dengan lancar.
#Ardell Aryana