Gaya Hidup

Berani Mati! Pengasas Bulan Bintang Panggil Netizen Tebuk Stock Di Warehouse! - "Aku Biar Mereka Pilih Sendiri Di Rak"

gempak
Amri Hassan
01/02/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Berani Mati! Pengasas Bulan Bintang Panggil Netizen Tebuk Stock Di Warehouse! - "Aku Biar Mereka Pilih Sendiri Di Rak"
Lumrah berniaga, pasti tidak dapat lari daripada mendapat aduan dan komen tidak puas hati daripada pembeli. Begitu juga jenama baju Melayu viral tahun lalu, Bulan Bintang.
Namun, pengasasnya, Azzim Zahid Azmi punya penyelesaian awal tahun ini apabila menjemput sembilan pengguna media sosial sebagai tetamu istimewanya ke Private Viewing Session baru-baru ini.
"Pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni, tak pernah aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer to be, even haters aku.
"Selasa lepas aku jemput sembilan orang tetamu istimewa untuk datang ke private viewing session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024.
"Aku biarkan mereka pergi ambil kota baju Melayu di rak dan periksa sendiri," katanya dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.
Kata Azzim, tujuan dia membuat sesi itu untuk memberi kebebasan kepada individu-individu tersebut untuk memeriksa sendiri kualiti produk sampai puas hati.
"Kalau tak buat macam ini, risau netizen kata aku hanya promosi barang-barang yang elok, pre selected dan dah rancang sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu, usahawan muda berumur 27 tahun meluahkan rasa syukur dan lega selepas hampir 99 peratus daripada mereka memberikan maklum balas yang positif.
"Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.
"Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ini. Ada yang terus beli 2 hingga 3 pasang terus," tambahnya.
@meripergibulat
Semalam aku panggil 9 orang customer Bulan Bintang, QC sendiri baju melayu Bulan Bintang 2024. Alhamdulillah semua happy ❤️
♬ original sound - meri yang busy
Sebelum ini, jenama terbabit terpalit dengan isu kualiti dan respons kurang puas hati daripada pembeli.
Justeru, Bulan Bintang mengambil kritikan negatif sebagai cabaran untuk memberikan produk terbaik tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024