Berita

“Berapa Banyak Pisau Melekat Kat Belakang Kita Ni Bang...”- Liza Hanim Dedah Orang Terdekat ‘Tikam’ Dari Belakang

Syafiqah Jalal
06/11/2019
03:14 MYT
Penyanyi Liza Hanim mendedahkan selama lapan tahun hidup bersama suami, Mohd Shahrin Mohd Samsudin, mereka melalui pelbagai dugaan rumah tangga.
Menurut Liza, paling menyedihkan apabila ada orang terdekat yang sanggup ‘menikam’ mereka dari belakang.
"At the end of the day, its you and me sayang.... We have been thru ups and down, and many more ahead.
"Berapa banyak pisau melekat kat belakang kita ni bang, and most sadly those knives come from those who are close to us," tulisnya.
Naib juara Gegar Vaganza musim keempat itu mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya bersama suami yang juga anggota kumpulan Indigo.
Namun, Liza percaya Tuhan Maha Adil dan setiap keburukan yang dilakukan pasti akan menerima balasannya.
“It’s okay yang, Allah Maha Adil, what goes around comes around.
"Lepas ni serangan akan lebih hebat, but lets face it together. Muhasabah diri sama sama dan reda... Insya-Allah,” katanya lagi.
Pun begitu, Liza hanya memberitahu secara dasarnya dan tidak mendedahkan individu sebenar yang cuba 'mengganggu' rumah tangga yang dibina.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 16, Marissa Qalreen, 10, Mohamed Salahuddin, 8, Mohamed Ibrahim, 4, dan Mohamed Al Fateh, 10 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

gempak
25/07/2024
04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jazemine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

gempak
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.