Penyampai radio dan pelawak Issey Fazlisham meluahkan rasa sedih apabila sambutan hari raya Aidiladha kali ini berbeza tanpa arwah ibunya, Asiah Haron.

Menurut Issey jika sebelum ini dia akan berasa teruja untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan bersama ibu tersayang.

"Berapa hari lagi nak raya haji. Biasanya setiap tahun memang tak sabar nak balik raya.

"Seminggu sebelum pun dah gelisah dah nak balik Kelantan.

"Tapi tahun ni tak macam tahun tahun sebelum ni. Ma pun dah takda," luahnya di Instagram (IG) miliknya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin mendedahkan perwatakan arwah ibunya yang berbeza semasa sambutan hari raya Aidilfitri yang lalu.

"Patut pun raya puasa hari tu Ma semangat lain macam, semua rumah saudara dia nak pergi.

"Rupanya tu raya terakhir dia. Haishhh. I miss you la Ma. Al-fatihah," tulisnya lagi.

Terdahulu, ibu Issey dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 Julai, jam 3.40 petang.

Berapa hari lagi nak Raya Haji. Biasanya setiap tahun, memang tak sabar nak balik raya. Seminggu sebelum pun dah gelisah nak balik Kelantan. Tapi tahun ni tak macam tahun tahun sebelum ni. Ma pun dah takda. Patut pun raya puasa hari tu Ma semangat lain macam, semua rumah saudara dia nak pergi. Rupanya tu raya terakhir dia. Haishh. I miss u la Ma. Al-Fatihah #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on