,
Hiburan

“Berapa Kali Saya Nak Cakap, Itu Hanya Mitos!” - Pakai Coli Waktu Tidur Bukan Punca Kanser Payudara, Dr Amalina Tegur Netizen

Azwa Rahman
17/02/2020
05:04 MYT
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri mencuri perhatian apabila bertindak menegur seorang wargamaya kerana menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kanser payudara.
Menerusi laman sosial Twitter, Dr Amalina menulis satu kicauan tentang pemakaian coli sewaktu tidur tidak akan menyebabkan kanser payudara.
Seorang pengguna kemudiannya memberikan mitos tentang isu pemakaian coli sewaktu tidur boleh menyebabkan darah beku bawah ketiak terhasil lalu menjadi punca kepada kanser di bahagian tersebut.
“Dah berapa kali saya nak cakap, itu adalah mitos, tolonglah baca abang oiiiiii.
“Korang nak percaya kawan punya sepupu punya nenek punya kawan punya datuk punya kawan punya adik punya abang punya kakak yang beritahu ke atau doktor yang buat specialise dalam bidang kanser payudara beritahu?” tulis Dr Amalina menerusi satu kicauan.
Menurutnya lagi, ada wanita yang selesa mengenakan coli sewaktu tidur dan perkara itu tidak sama sekali mendatangkan masalah pada badan mereka.
Malah, tiada bukti kukuh yang menunjukkan pemakaian coli pada waktu malam boleh menyebabkan payudara semakin tegang serta mengelakkan masalah kendur.
Hasil tinjuan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya menyokong fakta yang diberikan oleh Dr Amalina.
“Doktor dan saintis tugas mereka untuk mengkaji sesuatu. Tapi kalau nak dengar apa orang cakap je, lantak la dia tu, tak kuasa nak layan,” tulis seorang wargamaya.
“Betul doktor! kalau hidup asyik dengar orang kata je pun tak jalan jugak,” komen seorang wargamaya.
“Dr, saya rasa susah nak educate generasi tua tentang perkara ni. Kadang rasa nak sekeh je bila mereka cepat sangat percaya pada kandungan yang dibaca terutamanya di Facebook, haih!” luah seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Risiko Kesihatan Mata Tatap Gajet Secara Baring Mengiring

gempak
16/11/2024
13:55 MYT
Ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata termasuk 'juling air' yang juga disebut 'juling itik', lebih-lebih lagi apabila melihatnya secara dekat.
Hiburan

Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”

gempak
15/11/2024
00:55 MYT
Selepas kecoh kontroversi bersama aktor sensasi Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat aktres Ruhainies pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Unitar