Laman Utama

"Berapa Ramai Lagi Kehilangan Kita Nak Tengok.." - Nabila Huda Bahasakan Golongan 'In Denial' & Anti-Vaksin!

gempak
Asraf Aided
09/08/2021
11:44 MYT
Sponsor Banner
"Berapa Ramai Lagi Kehilangan Kita Nak Tengok.." - Nabila Huda Bahasakan Golongan 'In Denial' & Anti-Vaksin!
Aktres popular, Nabila Huda akui terkesan dengan pemergian rakan selebriti, Siti Sarah Raisuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Pada masa sama, Nabila turut menyeru golongan yang menafikan kewujudan dan bahaya wabak COVID-19 untuk 'membuka mata' selepas kehilangan bintang kesayangan ramai itu.
"Kepada sesiapa yang rasa Covid ini tak real...Saya harap kehilangan ini yang paling buat semua terasa dan dekat pada hati kita, Allah nak tunjuk.
"Allah dah bagi kita turut rasa kesakitan kehilangan, kalau masing-masing ada pendapat sendiri tentang Covid-19 dibuat-buat, tak tahu nak cakap macam mana. Maknanya anda masih hidup dalam 'living in denial'.
"Mereka yang sebarkan perkara negatif tentang Covid tak real ini, harap boleh berterusan living in denial sampai satu hari nanti, anda akan kehilangan keluarga tercinta disebabkan benda yang korang tak percaya ni.. Teruskan LIVING IN DENIAL," sindirnya di Instagram Story.
Justeru, Nabila menasihati orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai ikhtiar selain sentiasa berdoa agar terlindung daripada wabak berbahaya itu.
Dia juga 'membahasakan' segelintir masyarakat yang masih berfikiran negatif tentang pengambilan vaksin berkenaan.
"Kepada kawan-kawan dan keluarga, pergilah vaksin. Bukan kita nak letak 100 peratus kepercayaan, tapi kita usaha. Walaupun kita tetap berdoa dijauhi tapi kita kena berusaha juga dengan cara lain.
"Buang lah pemikiran "eleh kalau vaksin pun tak menjanjikan kita tak dijangkiti"...Tak payah fikir jauh sangat. Kita usaha je guna jalan apa yang diberi.
"Tolonglah...Berapa ramai lagi kehilangan kita nak tengok sebab Covid ni, jangan lah degil please..Buanglah sikap berfikiran negatif atau menyebarkan perkara negatif, sudah-sudahlah tu," coretnya lagi.
Sementara di ruangan posting, Nabila berkongsi rasa duka atas kehilangan Siti Sarah yang sudah lama dikenali, katanya, persahabatan mereka semakin rapat sejak kebelakangan ini.
Siti Sarah meninggal dunia pada jam 5.13 pagi Isnin di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat COVID-19.
Terdahulu, Siti Sarah bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), (HUKM).
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus pada malam Jumaat, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi dan menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus pada Ahad.
Namun semalam, ketika bacaan yasin secara maya menerusi aplikasi Zoom, suami Allahyarham, Shuib memaklumkan paras oksigen Siti Sarah jatuh sehingga paras 30 peratus.
Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.
BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live