Laman Utama

Berasal Dari Singapura, Hanna Delisha Anggap Insiden Kamal Adli Dipukul Sebagai Takdir - “Bagi Saya Perkara Itu Melibatkan..."

Asyikin Mayudin
18/03/2023
11:55 MYT
Pelakon Hanna Delisha tidak mempunyai sebarang komen melibatkan kes aktor Kamal Adli yang diserang individu tidak dikenali ketika berada di Singapura baru-baru ini.
Hanna yang berasal dari Singapura itu memberitahu dia bukanlah individu yang sesuai untuk memberi pandangan atau nasihat biarpun berasal dari negara itu.
“Bagi saya, itu perkara yang yang melibatkan peribadi. Sebab saya pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya, sebab saya sibuk dengan kerja saya.
“Jadi, saya nak bagi pendapat atau nasihat ke, macam tidak sesuai la,” kata Hanna kepada Gempak.
Hanna ditemui ketika majlis makan malam jenama produk Elegant di Hotel Tenara, Bandar Baru Bangi, Selangor pada malam Jumaat.
Bagaimanapun, Hanna memberitahu kemalangan yang terjadi itu merupakan takdir yang sudah tertulis dan tidak ada kena mengena dengan negara mana-mana.
“Bila melibatkan keselamatan… ia melibatkan takdir juga, kita tak tahu kan. Sekarang ini, kalau saya naik kapal terbang ke, kalau memang ditakdirkan berlaku kemalangan ke, ia akan terjadi juga.
“Jadi, bukan disebabkan anda berada di Singapura atau di Malaysia ke, perkara itu melibatkan takdir… kita pun tak boleh buat apa,” ujarnya.
Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di acara di Singapura pada minggu lalu.
Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Menari Dengan Baby Bump, Uqasha Terima Pujian Netizen: “Jangan Comel Sangat Boleh?”

gempak
17/01/2024
02:00 MYT
Wah semoga Uqasha dan baby sihat!
Laman Utama

“Cukup La Satu, Kenapa Nak Pasang Dua, Tiga & Empat” - Kamal Adli

gempak
02/09/2023
07:50 MYT
Kamal anggap Uqasha dah cukup untuknya.
Laman Utama

Trauma Kena Pukul, Kamal Adli Kurang Main Media Sosial - "Rasa Takut, Auto Hilang Mood..."

gempak
12/08/2023
08:45 MYT
Semoga Kamal baik-baik saja.
Laman Utama

[VIDEO] Jurusolek Terkenal Dedah Sikap Sebenar Fazura - “Dia Adalah Selebriti Yang Mempunyai…”

gempak
18/07/2023
11:50 MYT
Nuex suka bekerja dengan Fazura.
Laman Utama

“Saya Pernah Keguguran… Maksudnya Bukan Tak Boleh Hamil!” - Uqasha Senrose Tidak Terkesan Dengan Sindirian Soal Zuriat

gempak
08/07/2023
12:50 MYT
Doa yang baik-baik.