Pendakwah bebas yang kini juga seorang pelakon, Pencetus Ummah (PU) Azman akui berat untuk membawakan watak anak derhaka dalam drama bersiri Bila Syaitan Berbisik yang bakal ditayangkan di Astro Ria.

Menurut PU Azman babak dia bersama seorang pelakon wanita yang menjadi ibunya itu mengingatkannya kepada arwah ibunya sendiri.

“Berat aku nak bawak watak ni. Teringat arwah mak. Aku taklah derhaka sampai macam tu. Tapi bila babak melibatkan hubungan anak dan mak...(aku sedih)

“Terima kasih Bapak aka Rashid Sibir selalu bimbing dalam industri.

“Akan datang dalam episod 14 dalam Bila Syaitan Berbisik. Arahan sutradara Rashid Sibir @rashidsibir_opera di Astro Ria,” katanya.

PU Azman atau lebih mesra juga dengan panggilan Cik Man berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia memuat naik rakaman video Ketika melakonkan babak sedang menengking emak.

Kemas kini tersebut juga telah mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan lakonan PU Azman semakin hebat.

“Allah Cik Man.. bagus betul.. terguris hati saya melihatnya,” komen salah seorang pengikutnya.

“Power nya cikman berlakon,” puji salah seorang warga maya.

“Berbakatnya ustaz. semoga boleh berdakwah dalam industri seni,” puji lagi salah seorang netizen.

Bila Syaitan Berbisik bakal ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11.00 malam di Astro Ria.

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)