Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Berat Badan Pernah Naik 20 Kilogram, Ameera Zaini Bimbang Proses Kehamilan Anak Kedua

Zulaikha Yusof 21/02/2020 | 01:09 MYT
Personaliti televisyen, Ameera Zaini akui berubah menjadi seorang yang sangat obses tentang berat badan sepanjang mengandungkan anak kedua ini.
Jelas Ameera, dia mempunyai pengalaman berat badannya naik sebanyak 20 kilogram (kg) ketika hamil anak sulung, Mateen.
"Jumlah berat badan yang naik, 10 kilogram. Mungkin ada yang kata Meera obses dengan berat badan.
"Ya, saya sangat bimbang tentang berat badan sepanjang proses kehamilan saya. Sebab semasa perjalanan kehamilan pertama, berat saya naik 20 kg.
"Dan doktor memberi amaran kepada saya tidak makan untuk dua orang semasa saya hamil lagi.
"Jadi bila kali kedua hamil ni, hari-hari saya periksa berat naik berapa. Kadang-kadang naik banyak, kadang-kadang tak naik," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Ameera juga mendedahkan kesanggupannya menahan nafsu makan sehinggakan perut menjadi berangin.
"Ada sekali tu Meera cakap dengan my current gynae, Meera selalu masuk angin, sebab asyik lapar walaupun baru makan 10 minit lepas.
"Jadi saya tahan lapar. Dan doktor saya begitu positif dan berkata, makan je la Meera.
"Bila berat naik lebih sikit, tidak apa-apa memang hamil kena naik berat pun. Rasa sedap sikit hati.
"Sebab kan kandungan dah masuk lebih kurang 29 minggu, apa yang saya nak hanyalah dengan perubahan badan saya dan gembira dengan perjalanan ini.
"Nak makan je pape yang terlintas dalam kepala. Tapi semestinya masih lagi kena berpada-pada la kan.
"Kalau ikutkan my BMI, saya dibenarkan untuk tambah berat sebanyak 15 - 17kg. Jadi kita lihat, ada lebih kurang 10 minggu lagi ni," tulisnya lagi.

Current total weight gain: 10kgs? Maybe ada yg kata Meera obsessed dengan berat badan. Yes I am very anxious about my pregnancy weight gain. Sebab during my 1st pregnancy, I gained 20kgs. And doctor warned me to not eating for two when I got pregnant again. So bila 2nd pregnancy ni, hari2 I cek berat naik berapa. Kadang2 naik banyak, kadang2 tak naik. Ada sekali tu Meera cakap dengan my current gynae, Meera selalu masuk angin, sebab asyik lapar walaupun baru makan 10 minit lepas. So I tahan lapar. And my doctor, being so positive said “makan je la Meera.” Bila berat naik lebih sikit, “It’s okay, memang pregnant kena naik berat pun”. Rasa sedap sikit hati. Now that I’m in my 29weeks ++, all I wanted is to just embrace the body changes and enjoy the journey. Nak makan je pape yang terlintas dalam kepala. But of course masih lagi kena berpada2 la kan. Kalau ikutkan my BMI, I am allowed to gain 15-17kg. So let’s see, ada lebih kurang 10 weeks lagi ni ? Scatf : @ameerazainiofficial #AZPrintCalla Top & Skirt: @araredofficial

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on

Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen. Kini, Ameera sedang hamil tujuh bulan.
#Hamil #Hamil #Ameera Zaini
;