Hiburan
Berat Badan Pernah Naik Kerana Desserts, Ini Cara Ameera Zaini Kawal Nafsu Makan
Pengacara Ameera Zaini mendedahkan berat badannya pernah meningkat 20 kilogram ketika sedang hamil anak pertamanya, Mateen.
Gemar menikmati pemanis mulut, kini Ameera dapat mengawal nafsu untuk menikmati hidangan terbabit.
Pengacara jelita itu berkongsi ceritanya menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
"Meera naik 20 kilogram masa mengandungkan Mateen. Dekat 80 kilogram berat Meera tau!
"Ini kerana Meera ada kelemahan terhadap pemanis mulut. Meera boleh tolak dari makan nasi lemak, roti canai, nasi minyak tetapi bukan pemanis mulut.
"Sebelum ni memang Meera tak suka nasi sangat dan boleh makan dua, tiga potong kek sekaligus. Coklat pula macam hari-hari pun tak pe.
"Sekarang Meera masih menikmati untuk makan pemanis mulut cuma Meera kurangkan.
"Kalau sebelum ni boleh makan lima biji macarons sekali, sekarang makan sebiji je. Itupun dah pening sebab Meera memang dah kurangkan minuman dan makanan bergula," tulisnya.
Tambah Ameera lagi, pada awalnya, dia mengakui sukar untuk menahan nafsu dan mengekang diri dari menikmati makanan yang manis.
"Memang susahlah nak tahan nafsu masa awal-awal tu, tapi demi kesihatan dan nak slim kena kuat semangat hehehe.
"Sekarang berat badan Meera empat kilogram ringan berbanding berat sebelum Meera hamil. Cuba teka berapa?
"Jadi, kalau ada yang tanya tips jaga badan tu, ni antara tips yang Meera boleh kongsi.
"Tak makan nasi Meera makan apa? Haaaa Siapa nak Meera buat video apa yang Meera makan dalam satu hari?" tulisnya lagi.
Rata-rata pengikut Ameera meneka berat badan terkini pengacara itu di ruangan komen.
Ameera yang mula dikenali menerusi program Hijab Stailista ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Hasnor Rozaini Hassan pada 18 September 2015.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata, Mateen yang lahir pada 17 Januari 2017.
Must-Watch Video