Hiburan

Berat Badan Turun 28 Kilogram, Kim Ji Soo Nampak Lebih Muda

gempak
Kamaruddin Razal
17/03/2017
12:51 MYT
Sponsor Banner
Berat Badan Turun 28 Kilogram, Kim Ji Soo Nampak Lebih Muda
Bekas peserta Superstar K, Kim Ji Soo kelihatan semakin muda selepas berjaya menurunkan berat badannya.
Kim Ji Soo atau lebih mesra dengan panggilan Ji Soo mengalami penurunan berat badan sebanyak 28 kilogram.
Transformasi Ji Soo itu telah menjadi perbualan hangat peminat K-Pop di media sosial.
Menurut Ji Soo, dia mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan kerana gagal mengawal nafsu makannya.
"Saya agak gembira kerana berjaya mengurangkan berat badan.
"Saya akui suatu ketika dulu memang agak sukar untuk mengawal nafsu makan.
"Tetapi sekarang selepas mengetahui cara pemakanan yang betul saya tidak mempunyai masalah untuk mengawalnya," katanya.
Kim Ji Soo merupakan peserta program pencarian bakat Superstar K musim kedua pada tahun 2010.
Olahan: Mya Amri Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live