Laman Utama
Berat Badan Turun Lebih 30kg, Kelly Osbourne Dituduh Buat Pembedahan Plastik
Penyanyi Kelly Osbourne mengejutkan ramai netizen apabila memuat naik video terkini dirinya pada awal minggu ini.
Menerusi video tersebut, wanita berusia 36 tahun yang sebelum ini terkenal bertubuh gempal tampil dengan sosok tubuh baharu yang kelihatan lebih kurus.
Dengan penampilannya yang mendakwa kehilangan lebih 30 kilogram, anak kepada Ozzy dan Sharon Osbourne dituduh netizen telah menjalani pembedahan plastik demi mendapatkan transformasi seperti itu.
Tidak berdiam diri, Kelly menjawab pertuduhan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang bodoh.
"Mari kita ulas ketepikan gosip bodoh ini. Tidak bolehkah kalian berbahagia kerana saya?
"Saya hanya mahu mengulas mengenai topik yang sedang hangat kalian perkatakan kerana saya seorang yang selalu bersikap jujur.
"Saya juga sangat terbuka mengenai bentuk tubuh dan apa yang telah saya lakukan kepadanya.
"Saya tidak melakukan pembedahan plastik," katanya seperti dilaporkan PageSix.
Kelly yang mendedahkan telah hilang sekitar 38 kilogram berat badannya pada Oktober tahun lalu juga menegaskan tidak pernah melakukan sebarang perubahan yang memerlukan 'pisau' atau pembedahan pada mana mana bahagian tubuhnya.
(Transformasi Kelly di tahun 2020 dan 2021)
Ironi, Kelly pernah menyuntik bahagian bibir, dagu dan dahinya.
"Saya tidak berbohong, tapi terima kasih dengan pujian yang diberi," katanya lagi.
Sehingga kini, video klip tersebut telah ditonton lebih 300,000 netizen dan menerima banyak pujian daripada rakan selebriti termasuk Vanessa Hudgens.
Kredit Foto: PageSix
Instagram: @kellyosbourne
Must-Watch Video