Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Berat Hati Hun Haqeem Nak Berlawan Dengan Ikmal Amry - “Kami Dah Kawan 10 Tahun Tapi…”

Ainun Md Zooki 04/05/2025 | 08:55 MYT

Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa berat hati untuk berlawan dengan sahabatnya sendiri iaitu aktor Ikmal Amry dalam perlawanan kejohanan sukan tempur Fury Championships baru-baru ini.

Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, dia perlu meletakkan profesionalisme sebagai keutamaan pada perlawanan ini walaupun mereka sudah berkawan selama sepuluh tahun.

“Saya memang rasa sedikit dilema sebab kami ni kawan dah lama bukan satu dua tahun, tapi sepuluh tahun. Tapi saya nak orang tengok kami tetap profesional di gelanggang. Apa pun yang berlaku malam ini, kami tetap kawan,” katanya kepada Gempak.

Hun Haqeem berkata demikian ketika ditemui di acara Fury Championship yang berlangsung di Zepp KL pada Jumaat malam.
Tambah aktor yang terkenal dengan drama Nenek Bongkok Tiga itu, dia turut menyifatkan segala yang berlaku dalam hidupnya sebagai takdir serta tidak menyangka persahabatannya dengan Ikmal akan membawa ke satu gelanggang yang hebat.

“Kalau bukan takdir, saya pun takkan berkawan dengan Ikmal sampai sepuluh tahun. Jadi, apa pun yang terjadi malam ini, kami akan kekal sebagai sahabat,” jelasnya.

Pada masa sama, Hun juga meluahkan pendapat tentang penyertaannya memasuki Fury Championship bersama Ikmal Amry.

BERITA BERKAITAN: Cedera Di Bahagian Lutut Selepas Perlawanan, Hun Haqeem Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital - "Doakan Hun Tidak Mengalami..."

BERITA BERKAITAN: Ikmal Amry Berjaya Tewaskan Hun Haqeem Di Fury Championships - “ Saya Kasihan Tapi Benda Dah Jadi”

Jelas pelakon yang berusia 27 tahun itu, perlawanan ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi sebuah usaha untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan seni bela diri.
“Saya memang setuju dengan kenyataan itu sebab untuk menjadi seorang pemenang di perlawanan seperti ini, kebanyakkan dari mereka juga pernah kalah. Yang penting, kami dapat tunjukkan dan beri inspirasi kepada semua ini bukan good show semata mata tapi mahu sebarkan kesedaran kesihatan dan sukan tempur ini,” kongsinya.
Bagaimanapun, Hun mengakui dia sangat menghormati semua atlet dan pejuang seni tempur di luar sana. Katanya, dia sendiri telah melatih tubuh badannya untuk kekal sihat dan bersedia, lebih-lebih lagi apabila harus bertarung dengan sahabatnya sendiri.
“Saya mula training dari pertengahan bulan puasa sampai ke hari ini. Saya tahu Ikmal juga berusaha sebaik mungkin. Jadi, kita tengoklah malam ini siapa yang Allah SWT takdirkan untuk menang.

“Kami berdua tak nak kalah, tapi yang penting kami dah berusaha sehabis baik,” ujarnya.

Sekadar info, Fury Championship, kejohanan sukan tempur terbesar di Malaysia, bakal membuat penampilan sulung yang mendebarkan pada 2 Mei 2025 di Zepp KL.
Kejohanan ini akan menampilkan barisan pejuang profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti, menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur.
Diasaskan oleh CEO Wafiy dan CMO Jaasuzuran, Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi mereka untuk membawa industri ini ke tahap lebih tinggi.

BERITA BERKAITAN: Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

BERITA BERKAITAN: “Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

#Hati #Ikmal Amry #Berat #Hun Haqeem #Kawan #Lawan