Berita

“Berat Melihat Sahabat Sedih...”- Rossa Temani Bunga Citra Lestari Hampir Setiap Hari

gempak
Syafiqah Jalal
26/02/2020
05:28 MYT
Sponsor Banner
“Berat Melihat Sahabat Sedih...”- Rossa Temani Bunga Citra Lestari Hampir Setiap Hari
Penyanyi popular Indonesia, Rossa mendedahkan dia akan menemani Bunga Citra Lestari hampir setiap hari untuk memberi sokongan moral selepas pemergian suaminya, Ashraf Sinclair.
Menurut Rossa, dia akan meluangkan masa bersama penyanyi Wanita Terbahagia itu sekurang-kurang satu jam setiap hari.
“Selesai acara Indonesia Idol malam tadi kita terus ke rumah Unge (panggilan untuk Bunga). Hampir setiap hari aku menemani Unge sekurang-kurangnya satu jam.
“Rasanya masih sama...Berat melihat sahabat sedih, mencuba dengan ikhlas dan belajar untuk meneruskan hidup kembali.
“Bismillaah, semoga Allah memberikan kekuatan buat Unge, Noah dan keluarga. Dan semoga Allah memberikan tempat terindah untuk Ashraf,” katanya.
Rossa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto bersama Bunga serta rakan-rakan yang lain ketika berkunjung ke rumahnya.
Allahyarham Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pagi 18 Februari lalu.
Difahamkan kematian mengejut pelakon berasal dari Malaysia berusia 40 tahun itu adalah disebabkan serangan jantung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live