gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cakra Khan Suka Borong Mi Segera Perisa Kari Setiap Kali Ke KL, Love Mi Goreng Mamak Juga - “Berkotak-Kotak Bawa Pulang…”
HIBURAN
Bangga Dengan Pencapaian Diri, Neelofa Berjaya Kuasai Bahasa Arab - “Macam Mimpi Jadi Kenyataan…”
HIBURAN
Wajah Semakin Kurus, Enot Buat Ramai Terkejut – “Hampir Tak Cam Lepas Berubah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Berat Naik 10 Kg, Ragam Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua Berbeza - “Sebelum Ini Jaga Makan, Tapi Kali Ini Belasah Semua”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
20/03/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Berat Naik 10 Kg, Ragam Zahirah MacWilson Hamil Anak Kedua Berbeza - “Sebelum Ini Jaga Makan, Tapi Kali Ini Belasah Semua”
Meskipun kini sedang hamil tujuh bulan, namun pelakon Zahirah MacWilson tetap kelihatan cantik dengan bentuk badannya yang tidak jauh beza ketika sebelum mengandung anak kedua.
BERITA TRENDING: Aiman Hakim Ridza Tolak ‘Job’ Selama 6 Bulan Demi Siapkan Rumah - “Ada Kontraktor Tapi Kami Tak Happy…
Berat badan naik sebanyak 10 kilogram, Zahirah bagaimanapun memberitahu kemungkinan bentuk tubuhnya kelihatan tiada perubahan disebabkan masih aktif bekerja disaat dirinya sedang sarat.
“Alhamdulillah, usia kandungan sudah masuk tujuh bulan dan saya pun masih lagi mampu bekerja. Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi.
“Ikutkan berat badan saya naik juga… saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif berkerja jadi tak nampak sangat.
"Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, suami kepada Zahirah iaitu aktor Aiman Hakim Ridza, turut berkongsi ragam Zahirah semasa mengadungkan anak kedua agak berbeza berbanding sebelum ini.
"Anak kali ini sangat berlainan... Dia sangat aktif tak tahu mana datang tenaga dia. Dia sebelum ini sangat menjaga makanan dan tidak minum minuman bergas, nasi-nasi tak makan... tapi kali ini belasah semua.
"Kali ini macam rasa Melayu sikit. Itu pelik bagi saya. Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia," kongsinya.
Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.
Topic Berkaitan
#Zahirah Macwilson
#Zahirah hamil
#Bentuk badan Zahirah
#Zahirah berat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement