Berat Naik Mendadak, Khai Bahar Keluar Duit Simpanan Jual Ubat Kurus
Syafiqah Jalal
02/03/2021 06:19 MYT
02/03/2021 06:19 MYT
Penyanyi, Khai Bahar, 27, tekad keluar duit simpanan selepas sedekad mengumpulnya sepanjang penglibatan kerjayanya sebagai penyanyi untuk keluarkan produk kuruskan badan.
Menurut Khai, selain mahu menceburi bidang perniagaan, dia mendedahkan beratnya naik mendadak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
“Terus-terang berat saya naik mendadak ketika PKP yang lalu iaitu hampir 70kilogram (kg) dan ia memang ketara kerana biasa berat saya dalam 64kg begitu.
“Tapi saya sedari bukan saya sahaja yang mempunyai masalah kenaikkan berat badan ketika PKP, malah ramai lagi termasuk keluarga saya.
“Jadi saya ambil peluang ni untuk berniaga dan sama-sama sihat,” katanya kepada Astro Gempak.
Apabila ditanya mengenai kos perniagaan yang diusahakan, Khai akui telah melaburkan semua duit simpanannya.
“Alhamdulilah hasil saya menyimpan sejak saya menglibatkan diri dalam dunia seni ini saya dapat memgeluarkan sebuah produk untuk dijual.
“Apa yang saya boleh kata modal yang dikeluarkan lebih RM50,000,” katanya yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.
Sebanyak lima ribu kotak produk Kslim telah dikeluarkan sebagai pengenalan dan jualan ejen.
Selain itu, mengenai perkembangan seni suara Khai bakal tampil dengan mini album pada bulan Ramadan ini.