Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Beraya Di Hospital”- Bapa Fedtri Yahya, 72 Tahun Disahkan Positif

Syafiqah Jalal
19/07/2021 23:03 MYT
Pengacara popular, Fedtri Yahya memaklumkan bapanya berusia 72 tahun disahkan positif Covid-19.
Kata Fedtri bapanya kini di hospital dan sedang menerima rawatan.

“Beraya di hospital…Doakan ayah saya yang diuji positif Covid-19.

“Pertama kali masuk hospital pada usia 72 tahun. Semoga dikurniakan kesembuhan segera,” katanya.
Fedtri berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, Fedtri memuat naik foto bapanya di hospital.

Lebih mendukacitakan, Fedtri memberitahu seluruh keluarga abangnya juga diuji dengan positif Covid-19.

“Juga buat keluarga abang saya yang semuanya diuji positif Covid-19.

“Berkat kemuliaan hari arafah dan Zulhijjah, semoga baik-baik semuanya,” pintanya.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan untuk bapa dan abangnya.

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

#Pengacara #Ayah #Bapa #Keluarga #Positif #COVID-19 #Yahya #'Fedtri
;