,
Laman Utama

Beraya Tanpa Datuk & Nenek, Sissy Iman Terkenang Memori Lebaran Bersama

Azwa Rahman
14/05/2021
00:45 MYT
Penyanyi Sissy Iman meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan lebaran kali ini diraikan tanpa nenek dan datuknya.
Menurut Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, kehilangan datuk dan nenek di kedua-dua belah ibu dan bapanya cukup dirasai mereka sekeluarga.
“Raya kali ni agak sedih sikit la sebab ini tahun pertama nenek dan datuk belah ayahanda dan bondanya dah tiada. Nenek sebelah ayahanda meninggal tahun 2020 dan atuk tiri baru je sebulan lepas.
“Jadi figura datuk dan nenek tu dah takde, jadi agak suram la. Lain sikit la tahun ni walaupun masih ada datuk saudara tapi mereka berada di luar Kuala Lumpur,” ujar Sissy kepada Gempak.
Sissy ditemui pada majlis buka puasa Warner Music yang bertempat di Sunway Resort pada beberapa minggu lalu.
Tambah bekas peserta Big Stage musim pertama ini lagi, dia sangat merindui masakan lauk-pauk dan kuih-muih neneknya kerana pernah tinggal bersama mereka semasa zaman persekolahan.
“Setiap tahun kami akan berkumpul tapi tahun ni dah tiada. Sissy memang rapat dengan atuk dan nenek sebab Sissy tinggal dengan nenek sampai Sissy tingkatan tiga.
“Paling dirindui adalah kuih-muih nenek sebab nenek memang dikenali sebagai ratu kuih. Kuih melayu ke, biskut raya ke, memang kegemaran. Sissy dulu masa sekolah hari-hari bawak bekal sama ada nenek yang buat atau bonda.
“Bila nenek buatkan bekal, memang jenis untuk Sissy beri pada kawan-kawan. Bila time raya tu, lagilah meriah. Kuah kacang dia semua, rindu.
“Nenek yang lagi sorang pulak memang ratu lauk. Cakap je lauk apa, memang sedap. Tapi tahun ni semuanya hilang,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

gempak
04/10/2024
07:25 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof meluahkan rasa syukur  apabila abangnya, Syamsul sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Viral

Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Saat Akhir, Keluarga Belah Lelaki Terpaksa Tebalkan Muka - “Pelamin Yang Indah Namun Jiwaku Gelap”

gempak
02/10/2024
05:55 MYT
Tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga dalam keadaan bersedih tetap meneruskan majlis perkahwinan tanpa dihadiri pengantin perempuan.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
BorakSeeni