Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Berbahagialah Awak Dengan Kekasih Baru”- Kenapa Lisa Ucap Selamat Tinggal Pada Elyas?

Syafiqah Jalal 08/02/2022 | 08:02 MYT
Drama bersiri Hati Yang Dikhianati kini semakin rancak dimainkan di Slot Tiara saluran Astro Prima apabila banyak konflik hebat yang berlaku setiap episod.
Terbaharu, pelakon utamanya Isyariana yang memegang watak Lisa telah menimbulkan satu kemusykilan di dalam kapsyen yang ditinggalkan di akaun Instagram miliknya.
Isyariana seolah-olah memberitahu dia akan meninggalkan Elyas iaitu watak yang dipegang oleh Amar Baharin.
Malah Isyariana siap mendoakan kebahagian Elyas dengan kekasih baru. Siapa pula kekasih baru Ilyas?
“Selamat tinggal kenangan. Berbahagialah awk dengan kekasih baru,” tulisnya.
Menerusi kemas kini yang sama dia memuat naik fotonya bersama Amar yang berdiri bersebelahan.

A post shared by ISYARIANA (@isyariana)

Apa yang cuba disampaikan oleh Isyariana? Entri tersebut juga mendapat perhatian Ammar yang berseloroh bertanya adakah ia doa Lisa dari dalam kubur.
“Uish ni doa Lisa dari dalam kubur ke? Takut,” usiknya.
Dalam pada itu rata-rata pengikutnya yang juga peminat setia drama itu juga agak kecewa jika watak Lisa ditamatkan dan Elyas dengan kekasih lain.
“Tak besttt la Elyas ada kekasih baru. nak Lisa dengan Elyas juga,” kata salah seorang wargamaya.
“Alaaaa, tak nak la Elyas dengan Tasha. Nak dengan lisa jugak. Bila Lisa nak muncul ni , lama sangat dah tunggu. Tak best tau sorok lama-lama,” kata salah seorang netizen.
“Kalau watak Lisa dimatikan dah tak best tak nak tengok lagi,” komen salah seorang warga net.
Selain Ammar dan Isyariana, drama yang diadaptasi dari telenovela popular Venezuela, Miss Tres Hermanas turut dibintangi pelakon lain seperti Mona Ellen, Elizad, Zamarul Hisham, Shah Iskandar, Fendy Bakri dan ramai lagi.
Hati Yang Dikhianati menemui penonton setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang.

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

;