Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, sering menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Bukan hanya kecomelan Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2, yang menjadi fokus tetapi kepandaian kedua-dua si cilik ini sejak kecil lagi.

Baru-baru ini di laman Twitter, ada satu ciapan yang memuji dengan cara Hanis mendidik serta memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya.



Tweet tersebut mendapat respon positif terutama dalam kalangan ibu yang suka dengan skill yang diterapkan oleh usahawan itu.

"Setuju, skill ini la yang perlu kita ambil tahu sejak dari sekarang. Ingat! Hebatnya seorang anak itu kerana didikan ibunya.

"Baik didikan ibunya, insya-Allah akan baiklah seluruh kehidupan anak itu," tulis individu yang bernama Afifah Waipin.

Tambah pemilik akaun @kylhlm, dia berpendapat bukan faktor kewangan semata-mata yang perlu ditekankan.

"Bukan sebab duit. Benda ini datang dari diri kita sendiri. Contoh kita ini hidup tak berapa nak ada duit tapi dalam hati tetap nak yang terbaik untuk anak. Pasti kita juga akan bagi yang terbaik untuk mereka.

"Tak payah sekolah yang mahal. Kita sendiri boleh ajar di rumah. Memang Hanis Zalikha tu berduit. Tapi tak kisah la berduit atau sederhana, kalau dah niat nak bentuk anak, macam mana pun kita akan buat juga," tulisnya.

Terdahulu, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.

Perkahwinan pasangan sejoli ini pernah menjadi bualan ramai apabila Hairul menyerahkan wang hantaran sebanyak RM91,019.90 kepada Hanis.