Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berbaloi-baloi! Tonton Take CTRL & Menang Nintendo Switch Lite

Syafiqah Jalal
15/02/2022 13:29 MYT
Berita baik buat pelanggan Astro, siri Take CTRL kini menjadi tontonan komplimentari apabila ia akan ditayangkan sepenuhnya di On Demand.

Untuk makluman episod satu hingga tiga Take CTRL yang dibintangi oleh pelakon hebat Shaheizy Sam telah pun berada di On Demand dan sedia ditonton.

Namun mulai 19 Februari, Sabtu ini, episod baru atau keempat siri itu akan ditayangkan terus setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran TA-DAA! (Astro 612).

Selain itu, kelebihan ia ditayangkan di On Demand adalah siri ini akan disertakan dengan sari kata berbahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, berita baik buat peminat setia Take CTRL apabila anda boleh memenangi banyak hadiah istimewa seperti Nintendo Switch Lite Consoles & Game bundle.

Untuk menyertai peraduan ini anda perlu menonton siri Take CTRL dan menjawab soalan berdasarkan setiap episod.

Mudah sahaja pergi ke www.gempak.com untuk menjawab soalan yang yang diberikan sekaligus memenangi hadiah lumayan.

Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi sepanjang 6 minggu espido itu berlangsung adalah seperti:

a. Grand Prize: 6 X Nintendo Switch Lite Consoles
& Game bundle.
  1. 1st Prize: 6 X Breakout Escape Game Experience for 4 pax.
  2. Consolation Prize: 60 X Take CTRL Merchandise, (10) per week

Apa tunggu lagi? Jangan lupa tonton Take CTRL setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di saluran TA-DAA! (Astro 612) dan sertai peraduan yang menarik ini!

Take CTRL dibintangi pelakon popular Shaheizy Sam, pelakon baru Hana Nadira, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid dan Chi Ho, Jinnyboy, Jen Chia dan ramai lagi.
#Drama #Hadiah #Peraduan #contest #Take CTRL