Laman Utama

Berbelas Ribu Pelajar Di Wuhan Hadir Konvokesyen Tanpa Pelitup Muka

gempak
Gempak
18/06/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Berbelas Ribu Pelajar Di Wuhan Hadir Konvokesyen Tanpa Pelitup Muka
Pada saat negara-negara Asia masih berusaha keras mengendalikan kes penularan wabak COVID-19, penduduk tempat asal virus berkenaan, Wuhan sudah seakan kembali ke kehidupan normal.
Baru-baru ini, sekitar 11,000 pelajar Central China Normal University hadir ke majlis konvokesyen tanpa memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
Menurut laporan media tempatan, acara itu turut dihadiri lebih 3,000 ibu bapa menjadikan jumlah keseluruhan lebih 14,000 berada dalam stadium sama pada Ahad.
Selepas beberapa bulan mengadakan lockdown, Wuhan kemnbali mengadakan acara berskala besar pada Ogos 2020.
Difahamkan, pihak berkuasa China mengatakan kes COVID-19 di negara mereka berada dalam tahap terkawal.
Hanya 21 kes baru dilaporkan di negara berkenaan pada Selasa yang semuanya adalah kes import.
Sumber: insider.com Foto: Reuters China
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live