MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
“Berbesar Hati Tapi Seram Nak Jawab” – JBORN Dilamar Masuk Maharaja Lawak Mega 2019
Juara Muzikal Lawak Superstar, JBORN akui berbesar hati selepas dilamar untuk memasuki program terkenal, Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).
Bagaimanapun kata Khir, buat masa ini JBORN tidak dapat memberikan sebarang jawapan dan perlu berbincang terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat berbesar hati apabila ditawarkan untuk masuk MLM2019, mungkin mereka nampak ada potensi pada kami.
“Cuma buat masa ini kami tidak boleh memberikan sebarang kata putus lagi, seeloknya biarlah kami berbincang terlebih dahulu.
“Secara jujurnya kami memang rasa berbesar hati tapi dalam masa yang sama seram juga nak jawab,” katanya kepada Gempak.
BACA: Tepati Ramalan! JBORN Juara Muzikal Lawak Superstar, Bawa Pulang RM150,000
Selain Khir Rahman, JBORN yang dianggotai oleh Joey dan Vicha ini dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Tempat kedua menjadi milik UNI yang memenangi wang tunai RM75,000 dan trofi.
Manakala NEWBOH pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.