Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Berbeza Kantung, Berbeza Uri...” - Bakal Dapat Kembar, Ainan Tasneem Luah Rasa Syukur

Mya Amri
01/08/2020 13:26 MYT
Penyanyi Ainan Tasneem mendedahkan kini hamil anak kembar.

Ainan mengumumkan berita gembira itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Ainan, dia sendiri tidak menyangka berpeluang untuk merasai nikmat mempunyai anak kembar.

Tambah Ainan lagi, anaknya itu merupakan kembar tidak seiras.

“Ramai yang tanya tentang pregnancy Ainan kali ni. InsyaAllah... It’s gonna be a fraternal twin. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar.

“Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung dan berbeza uri. Jadi jantina pun boleh jadi antara lelaki dan perempuan, both boys or both girls.

“Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat kembar. Mula-mula dapat tahu berita ni macam terkejut sangat tapi teruja! Salsabiela pun excited bila dpt tahu dia bakal dapat dua adik.

“Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay.

“Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak,” coretnya.

Selamat Hari Raya AidilAdha everyone ? Btw ramai yg tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni. InshaaAllah It's gonna be a fraternal twin! ???? Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls. Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula2 dapat tau news ni mcm terkejut sangat tapi excited! Salsabiela pon excited bila dpt tahu dia bakal dapat 2 adik ? Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak ? Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yg pregnant twin? Jom share pengalaman spanjang pregnancy dgn Ainan. ? . #poplookootd

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92) on


Ainan juga berharap pengikut Instagramnya dapat mendoakan kesejateraan kembar dalam kandungannya.

“Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat dan selamat,” tulisnya

Terdahulu, bintang Youtube ini telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.


#Ainan Tasneem
;