Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berbincang Soal Cinta Dengan Anak Lelaki, Norman Hakim Terima Pujian Netizen - “Tak Ramai Bapa Berani Sembang Macam Ni”

Azwa Rahman
06/10/2021 04:03 MYT
Aktor berbadan sasa Norman Hakim meluahkan anak bujangnya, Danish Hakim sudah terbuka untuk berbicara soal cinta dan pasangan hidup bersamanya.

Menurut Norman, dia yang gemar bersembang bersama anaknya itu tidak menyangka bahawa Danish sudah memikirkan perihal pasangan hidup.

“Bonding with my BFF, @danishhakimofficial after our esrly bird HIIT session.

“Kitorang kalau duduk bersembang 18 jam pun tak cukup. Selalu sembang macam-macam bab yang umlimited. Kalau dah penat sembang topik berat, kadang sembang pasal semut pun boleh on.

“Kali ini abang Danish petik pasal pasangan hidup. Dia tanya dah perlu ke usia dia ada pasangan hidup? JENGSSS! Itula topik utama sembang kita kali ni,” tulis Norman di ruangan kapsyen.

Tambah Norman lagi, dia mahukan anaknya memberi tumpuan kepada matlamat hidup berbanding terlalu memikirkan soal pasangan hidup.

End of our conversation, saya cakap ‘focus on your goal and consistency building your life’. The right person will eventually find their way to you.

But still the choices and decisions is yours. Mohon bantuan dan petunjuk dari Allah,” jelas Norman lagi.

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji serta suka melihat hubungan baik di antara seorang bapa dan anak.

Sukanya tengok dad-son ni. Idola untuk saya dan suami yang ada 2 orang hero,” puji seorang wargamaya.

Baik daddynya sembang macam kawan,” tulis seorang wargamaya.

Nikmat anugerah terindah bila bersama anak,” komen seorang wargamaya.

Tak ramai bapak-bapak berani sembang macam ni. Kadang anak lari dulu,” kata seorang wargamaya.

“So sweet daddy dan anak. Macam abang adik,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemudian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.
#Norman Hakim #Anak Norman Hakim #Danish Hakim
;