Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Berbual Dengan OKU, Ramai Tak Sangka Datuk Fazley Rupanya Tahu Guna Bahasa Isyarat - “Boleh Lah Sikit Sebab Aunty Saya Juga Sama”

Mya Amri
02/08/2024 17:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi perhatian netizen apabila berkebolehan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

Tahu guna bahasa isyarat

Walaupun kurang mahir namun netizen memuji usaha Fazley menggunakan bahasa isyarat untuk bertutur dengan peminat Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Semalam saya di sapa menggunakan bahasa insyarat oleh tiga anak muda ni. Masing-masing teruja nak bercakap dengan saya.

“Tanpa diorang tahu, saya boleh juga berbahasa isyarat walaupun tak cekap.

“Lama juga kami ‘berbual’ dari: ‘buat apa di sini? Kerja kat mana? Kerja sebagai apa, korang dah lama couple ke? Bila nak kahwin?’

“Sampai kami semua terbahak-bahak ketawa tanpa suara,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Artis Sorok Sakit Demi Dapat Job, Fazley Yaakob Komen; "Mencari Sesuap Nasi Tak Seharusnya Membebankan Mereka Yang Uzur"

ARTIKEL BERKAITAN:“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob

ARTIKEL BERKAITAN:“Rosyam Nor Tolak & Henyak Saya Ke Dinding, Sampai Paku Masuk Bahu…” - Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Berlakon

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO]: “Tentulah Saya Sudi Makan” - Fazley Yaakob Sebak Lihat Keikhlasan Pekerja Bangladesh Sediakan Makanan

Sementara itu, ruangan komen video berkenaan juga turut menerima reaksi positif netizan yang rata-ratanya memuji dan mengagumi Fazley.

“Wah kagumnya abang long tahu bahasa isyarat” tulis netizen.

“Bolehlah sikit-sikit sebab makcik saya juga sama,” balas Fazley.

Berikut merupakan video penuh Fazley:

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

#Datuk Fazley #OKU #Orang Kelainan Upaya #Bahasa Isyarat