HIBURAN
Berbulan Sepi Tanpa Berita, Peminat Lega Dapat Tahu Khabar Terkini Fatimah The Family UK - "Kami Kembali Setelah Menghadapi Masa Paling Sukar..."

Personaliti cilik kesayangan ramai, Fatimah Omar Mukhlis akhirnya berkongsi perkembangan terbaharu selepas beberapa bulan sepi tanpa berita.
Syukur dengan perkembangan terbaharu Fatimah
Menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram milik keluarganya merakamkan Fatimah yang berada di wad kelihatan lebih ceria.
Malah pempengaruh berusia 10 tahun ini juga tidak ketinggalan mengikuti pelbagai aktiviti termasuk melukis, mewarna dan bercerita.
Kelihatan nenek dan datuknya juga tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan buat Fatimah.
Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail bagaimanapun memohon maaf kerana belum bersedia untuk berkongsi dengan umum secara terperinci.