Tidak bercakaran biarpun sudah berpisah, ramai yang memuji tindakan Fizi Ali dan Shakilla Khoriri yang tetap memilih untuk berdamai dan menjaga silaturrahim demi anak mereka, Ameena Sofia.

Menerusi sepotong video yang dirakamkan oleh ibu Shakilla, memaparkan aksi Fizi menghantar Ameena kepada Shakilla selepas pulang berhari raya, ramai warganet yang tersentuh dengan tindakan kedua-dua selebriti itu.

"You ibu yang baik sebab tak pernah salahkan atau burukkan daddy Ameena pada Ameena. Ameena esok-esok dah pandai baca komen akan tahu Ameena anak bertuah sebab ibu dan daddy sayangkan Ameena.

"Ramai je pasangan berpisah tapi menjaga silaturrahim kerana dasar mendidik dan menjamin kasih sayang anak-anak hingga akhir usia kita.

"Yang putus kasih mak dan ayah, kasih dengan anak jangan sesekali diputuskan. Peduli apa orang kata yang penting anak tak merasai perpisahan mak dan ayah dia. Bercerai bukan bererti bermusuh," demikian coret beberapa pengguna di ruang komen Instagram Shakilla.

Dalam hantaran sama Shakilla turut berkongsi pandangannya tentang pilihan untuk berdamai.

"Ramai yang react pasal video story yang i posted last night. Sejujurnya bukanlah posting untuk buat beberapa pihak rasa kurang selesa.

"I faham dikala ramai yang mendoakan kesejahteraan hidup i dengan Ameena and also daddy Ameena, ada juga manusia yang panas muntut tengok keadaan ni.

"Hopefully anda Islam dan faham takdir dan ketentuan Allah. I ask my mom to record this video sebab setiap perkara yang i lalui dengan Ameena i akan jadikan sebuah memory and yang akan jadi topik merapu untuk kami berdua setiap masa," tulisnya.

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)


Berkongsi setiap perjalanan hidupnya bersama Ameena, kata Shakilla dia enggan anak tunggalnya itu membesar dengan rasa terkesan dengan kesilapan kedua-dua ibu bapanya.

"Aku tak nak Ameena terkesan dengan kesalahan & kesilapan aku & daddy dia. Aku tak nak dia jadi budak yang tertekan dengan pergaduhan dan reaksi muka parents dia setiap kali bertentang mata.

"Banyak usaha yang aku cuba buat untuk Ameena rasa happy tapi aku akur dan hormat bila ada yang tak setuju dengan cadangan aku.

"Tapi aku OK je lah sebab Allah bagi aku banyak kelebihan lain yang buat aku mampu untuk teruskan ‘journey’ hidup aku dengan Ameena dengan cinta & sayang yang KAMI cipta.

"Aku atau daddy Ameena bukanlah orang BUJANG yang tak ada tanggunjawab. Jadi perlu HORMAT dan FAHAM situasi ni. Yang kami berdua ada hati yang perlu dijaga dan disayang. Perlu fokus dan pastikan tak kan putus kasih & sayang tu sampai bila-bila.

"Jadi silalah HORMAT keadaan ni. Jangan selfish atau rampas hak Ameena sebab dia tak layak untuk disakiti.

"Aku share semua ni untuk kita semua buka mata dan terpukul dengan keadaan yang mungkin sama korang alami. Hidup bukanlah untuk kita bazirkan dengan airmata atau rasa dendam dan sakit hati yang tidak ada penghujung.

"Semoga Allah temukan dengan kebahagian yang kita semua cari dan perlukan dalam sisa hidup kita atas dunia ni," tambahnya.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai tiga tahun selepas itu.