Bercerai Dengan Glenn Fredly, Dewi Sandra Mengaku Hampir Bunuh Diri
Maliah Surip
07/02/2021 04:50 MYT
07/02/2021 04:50 MYT
Penyanyi Dewi Sandra akhirnya berkongsi mengenai kegagalan rumah tangganya dengan mendiang Glenn Fredly yang meninggal dunia pada tahun lalu.
Dewi Sandra berkahwin dengan pelantun lagu Februari itu pada tahun 2006. Dia dan Glenn kemudian bercerai pada tahun 2009, hanya tiga tahun selepas bergelar suami isteri.
Kata Dewi Sandra, perceraian itu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan peribadinya.
Dia mengaku telah gagal dalam kehidupan, apa lagi, perkahwinan bersama Glenn adalah kali kedua.
"Selepas bercerai, saya berasa sangat tak berguna. Saya rasa telah gagal, macam sangat epic failure.
"Maksudnya kalau gagal sekali (perkahwinan) sebab tak ada pengalaman. Tapi kalau gagal kali kedua, saya fikir saat itu semua orang akan mengatakan pasti yang salah itu saya," kenang Dewi Sandra kala tampil di tayangan video di YouTube channel Daniel Mananta Network, seperti yang dipetik dari Detik.com.
Perempuan yang kini sudah berusia 40 tahun itu mengaku salah satu punca rumah tangganya tidak panjang dengan Glenn adalah kerana tidak mampu mencari jalan baik mengenai perbezaan agama mereka.
"Iya kan, kami menikah berbeza agama, saya Muslim. Selain sukar mencari persefahaman, kami juga tidak bertemu titik yang satu dalam soal agama," akui Dewi Sandra.
Kerana kecewa dengan apa yang berlaku, Dewi Sandra mengaku dia sempat ingin membunuh diri.
"Jadi waktu itu saya memandu laju dan sengaja untuk kemalangan. Macam dalam filem. Masa memandu dengar lagu sedih sambil mulut saya kata, 'Aku mau mati aja...Mau mati aja,'" tuturnya.
Saat ini, Dewi Sandra sudah berbahagia dengan suami yang dinikahinya pada 2011 lalu, Agus Rahman.
Mendiang Glenn Fredly pula meninggalkan isteri iaitu penyanyi Mutia Ayu dan seorang anak.
Instagram: @dewisandra