Penyanyi rap, MK K-Clique, 27, mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan suri hatinya, Siti Hajaar Datuk Sri Dr Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan yang ditemui Gempak bagaimanapun bersyukur kerana semua perancangan berjalan dengan lancar.
"Kita pentingkan keluarga dan benda yang baik maksudnya macam saya sendiri saya fikir kita tak nak ada halangan-halangan yang tak diingini contoh benda ni sangat baik, jadi buat apa nak ditangguhkan lagi atau dirancang sebesar-besarnya.
"Kalau ikutkan dah lama rancang tapi bila dah sampai panggilan Dia...Alhamdulilah semua siap hanya dalam masa 2 minggu.
"Tak dinafikan halangan-halangan yang kecil-kecil tu ada tapi tiada cabaran yang berat hingga rasa terbeban," katanya,
MK dan Siti Hajaar ditemui selepas selasai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jami'il Huda, Ampang pada pagi tadi.
Berkongsi mengenai detik perkenalannya, MK memberitahu dia dan Siti Hajaar yang seorang usahawan sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu dan menafikan diri menyembunyikannya.
"Sebenarnya kami mula berkenalan di Instagram ketika mula berbalas pesanan di ruangan mesej.
"Kami tak sorok cuma tak tunjuk kerana ketika itu belum menjalinkan ikatakan yang sah seperti sekarang.
"Alhamdulilah saya terpikat dengannya kerana dia seorang wanita yang banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih baik," ujarnya.
Apabila ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata , mereka serahkan segalanya pada rezeki Tuhan.
Tentang bulan madu pula, mereka juga masih belum ada perancangan kerana MK sibuk dengan urusan kerjayanya.
Pasangan itu memaklumkan telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu dalam satu majlis tertutup.
Mempelai bakal diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Klang keesokan harinya.
Terdahulu, tular video yang memaparkan aksi mesra MK yang menyaksikannya memimpin tangan seorang wanita tular di media sosial, baru-baru ini.
Pada Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikan dirinya memimpin tangan seorang wanita dalam satu majlis.
Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam.
Syafiqah Jalal
Fri Jun 16 2023
Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri
Seorang ibu tergamak meracuni anak tirinya yang berusia 11 tahun dengan kopi sachet yang dicampur dengan racun tikus.
Fendy Tidak Lagi Anggota Caliph Buskers - “Pengunduran Bukan Atas Kerelaan Saya…”
Fendy bukan lagi anggota Caliph Buskers.
“Keputusan SPM 2023 Diumum Pada 27 Mei Ini” – KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
Dikatakan Bermulut Lancang, Ajai Respon - “Takkan Nak Bagi Komen Tak Jujur, Yang Tak Sedap Kata Sedap”
Ajai jujur dalam beri komen.
Lantang Kritik Buku Puisi '4 Baris' Daiyan Trisha, Ini Yang Terjadi Kepada Wanita Ini!
Seorang wanita telah bertindak lantang mengkritik buku puisi hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha.
"Trend Pakaian Pengantin Wanita Islam Mencolok Mata Bercanggah Agama" - Mufti Pulau Pinang
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia merupakan satu budaya jahiliah dan mungkar yang wajar ditinggalkan.
Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!
Umisya Mazlan dan Marissa Dania tak berkawan tak bermusuh.
Saixse Berjaga-Jaga Terima Hadiah Makanan Daripada Peminat, Akui Masih Terima Mesej Pelik - "Kalau Rasa Ada Tak Kena..."
Saixse tetap jalani kehidupan seperti biasa.
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.