Bintang filem Baywatch, Pamela Anderson akhirnya mendedahkan dirinya telah mengahwini pengawal peribadinya, Dan Hayhurst pada Krismas tahun lalu.

Perkahwinan itu merupakan perkahwinan keduanya pada tahun 2020 dan keenam sepanjang hidupnya.

Anderson, 53, dan Hayhurst mula jatuh hati sepanjang tempoh kuarantin ekoran pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

"Saya berada di tempat yang sepatutnya iaitu di pangkuan lelaki yang mencintai saya," tulis Anderson.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di halaman rumah Anderson di Vancouver Island, Kanada.

Anderson telah berkahwin dengan produser Jon Peters pada Januari tahun lalu namun bercerai selang beberapa hari.

Sebelum itu, Anderson telah berkahwin dengan pemuzik Tommy Lee dan Kid Rock.

Aktres itu kemudiannya mengahwini pemain poker Rick Salomon sebanyak dua kali.