Bercuti Bersama Di London, Peminat Doakan Mawar Rashid dan Raf Yaakob Segera Kahwin

Rozaimi Zubaidi
Mei 30, 2017 06:14 MYT
Pelakon Mawar Rashid telah berkongsi beberapa keping foto ketika sedang bercuti bersama kekasihnya Raf Yaakob.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) miliknya, mereka dilihat sempat memuat naik beberapa foto mesra bersama di kota London.
"My first time in London with love. Thank you Raden for bringing me here. Can't wait to explore the city.
Rata-rata pengikut IG Mawar berharap agar pelakon itu segera berkahwin dan mereka menyifatkan bahawa pasangan ini sangat sepadan jika bersama.
"Seiras sangat Mawar and Raden, Semoga cepat-cepat naik pelamin tau. Kahwin la cepat-cepat, tunggu lama-lama watpe jika dah ada kemampuan!. Seiras memang seiras, Semoga dipermudahkan segala urusan.
"Sesuai serta secocok sangat kerana sorang cantik dan sorang lagi hensem. Semoga korang cepat-cepat kawen. Seiras sangat kak Mawar mata sama, Saya doakan jodoh kakak kuat dengan abang Raf," kata peminatnya menerusi ruangan komen.
Berikut merupakan foto-foto Mawar Rashid dan Raf Yaakob:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi