Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta izin daripada penduduk kawasannya untuk pergi bercuti di Pulau Langkawi.

Menerusi laman sosial Instagram, Saddiq berkongsi swafoto pertamanya melakukan aktiviti di Langkawi untuk tatapan umum.

Difahamkan Saddiq akan berada di Langkawi sehingga hari Rabu.

“Kehadiran saya di Parlimen 100%. Isu isu rakyat kerap saya bahaskan di parlimen. Turun padang setiap minggu demi Muar.

“Saya minta izin orang Muar untuk saya #cuticutiMalaysia sampai hari Rabu. Pejabat saya masih ON! Bantuan pun masih ON! I’ll be back on Wednesday. For the time being, Apa khabar orang Langkawi,” tulis Saddiq di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Saddiq memaklumkan pejabat miliknya serta pusat bantuan yang didirikan akan terus beroperasi walaupun dia sedang bercuti.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat bercuti kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Tidak kurang juga ada yang menyarankan Saddiq pergi bercuti untuk merehatkan fikiran memandangkan dia seorang yang rajin bekerja memperjuangkan nasib rakyat.

Berehatlah YB. Yang penting kepentingan orang Muar terpelihara,” komen seorang wargamaya.

You deserve a break. Have fun YB,” ucap seorang wargamaya.

Bukan orang Muar tapi pergilah, saya izinkan,” usik seorang wargamaya.

Yes! Every hardworking person deserves a rest, enjoy,” kata seorang wargamaya.

Pergilah bercuti 2,3 hari YB. Apa salahnya. Ada menteri lain siap pi bercuti kat oversea. YB pi Langkawi je pun,” luah seorang wargamaya.

Terbaik contoh. Elok rakyat pilih wakil yang muda bersemangat macam ni,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.