"Berdebar Bila Nampak Api" - Ali XPDC Semakin Pulih Dari Melecur, Lebih Berhati-Hati Bila Bakar Sampah
Amri Hassan
16/11/2020 09:35 MYT
16/11/2020 09:35 MYT
Penyanyi kumpulan XPDC, Ali, mengakui berdepan trauma selepas kejadian disambar api ketika membakar sampah di belakang rumahnya sekitar Mac lalu.
Kata Ali, 52, dia kini lebih berhati-hati dan akan berdebar-debar apabila terlihat api terutamanya di tempat terbuka seperti halaman rumahnya sendiri.
"Ini semua ketentuan Allah. Tiada siapa nak kemalangan berlaku pada diri kita dan semuanya sudah tertulis. Ia sebahagian daripada kafarah kepada saya untuk saya reda. Jadi, saya sentiasa bersangka baik.
"Alhamdulillah saya sudah semakin pulih dan kini saya menjalani rawatan susulan tidak sekerap dahulu. Cuma, kemalangan itu meninggalkan kesan pada muka dan tangan saya.
"Perasaan trauma itu ada kadang-kadang apabila saya tengok api. Ada rasa berdebar-debar sikit terutama apabila nak bakar sampah.
"Saya akan periksa terlebih dahulu keadaan sekeliling saya takut-takut ada minyak atau api," katanya kepada Gempak.
Ali ditemui selepas konsert minggu keenam Gegar Vaganza 7 (GV7) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.
Dalam pada itu, Ali turut berterima kasih kepada peminatnya yang tidak putus-putus memanjangkan doa agar dia disembuhkan selepas kemalangan terbabit.
Mengimbas semula, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail melecur 30 peratus anggota badannya apabila disambar api ketika sedang membakar sampah di belakang rumahnya di Klang, Selangor.
Api yang marak ketika itu telah menyambar bahagian muka dan tangannya apabila dia menggunakan petrol.
Susulan daripada kejadian itu juga, Ali susut berat badan sebanyak lebih 20 kilogram.