Berita
“Berdebar Dan Teruja...”- Juliana Evans Tunggu Masa Kelahiran Cahaya Mata Pertama
Pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans dijangka bakal menimang cahaya mata pertamanya dalam masa yang terdekat.
Menurut Juliana yang kini sudah hamil 38 minggu itu,dia berdebar dan teruja untuk menanti kelahiran bayinya itu.
“38 weeks • 66 kg •
“Bila-bila masa sahaja anak, Mummy semakin tak sabar menanti.
“Hormon saya sekarang ini bercampur aduk dengan rasa berdebar dan teruja kerana akhirnya kami bakal bertemu dengan anak kecil kami.
“Namun, saya akan cuba bertenang semana yang boleh.
“Kami tak sabar untuk berjumpa dengan anak kami dan ini mungkin my last maternity #ootd,” katanya.
Juliana berkongsi perkara menggembirakannya itu dia akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama memuat naik fotonya bersama ‘baby bump’ .
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang turut teruja menanti kelahiran bayinya serta mendoakan agar proses bersalin nanti berjalan lancar.
Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.