Berdebar Menunggu Hari Bersalin, Hani Fadzil Mohon Doa

Syafiqah Jalal
Ogos 17, 2020 08:50 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Hani Fadzil akui menerima banyak perubahan dalam dirinya yang kini hamil 30 minggu.
Menurut Hani, semakin hari dia semakin berdebar dan teruja menanti kelahiran cahaya mata pertamanya.
“Alhamdulilah dah 30 minggu. Sentiasa lapar, sentiasa mengah dan tercungap-cungap, cepat penat lebih-lebih lagi berjalan dengan kaki yang bengkak.
"Selalu pakai baju suami dan ayah sebab banyak baju dah tak muat.
“Sentiasa berdebar memikirkan apa yang akan jadi nanti tapi dalam masa yang sama teruja dan bersyukur juga.
“Tolong doakan proses kehamilan dan bersalin saya dengan baby selamat,” katanya
Hani berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto terkininya bersama ‘baby bump’.
Rata-rata mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Hani berjalan lancar.
Hani dan suami, Wan Faiz bernikah pada 7 Julai 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung meriah di sebuah dewan acara terkemuka di Putrajaya.
#Bersalin #Hamil #Hamil #Hani Fadzil