Bintang Muzikal Lawak Superstar(MLS), Azmi Caliph Buskers membuatkan netizen cemas apabila hampir terjatuh di atas pentas kerana tertekan gear motorsikal yang dinaikinya.

Kejadian itu berlaku ketika kumpulan HEART yang dianggotai oleh Azmi, Ezad Lazim dan Danial Zaini membuat persembahan di minggu kedua yang bertemakan sekolah.

Kebimbangan netizen itu diluahkan menerusi posting di Twitter yang meminta Azmi dan anggota kumpulan HEART, Ezad Lazim serta Danial Zaini supaya lebih berhati-hati untuk membuat persembahan pada Jumaat ini.

Bukan sahaja netizen malah juri (Altimet, Nora Danish, Datuk Awie) dan hos MLS (Nabil, Nabila Huda) juga terkejut dengan kejadian tersebut.

“‏Nasib baik si Altimet tak kena heart attack kita kat rumah berdebar-debar juga tengok biar betik si Azmi bawak motor live pulok tu. Mampu Husnuzon jer. Huhuhuhu... Apa pun terbaik lah kumpulan heart, 5 star! #MuzikalLawakSuperstar,” komen @KhairulRidhwan

Bagaimanapun, tindakan pantas Danial dan Ezad yang sememangnya sudah memegang motor itu sedari awal menyelamatkan keadaan.

Azmi bagaimanapun hanya tersenyum dan ketawa sebaik sahaja mendengar komen juri yang menyatakan rasa terkejut dengan keputusannya untuk menaiki motorsikal.

Bagaimanapula dengan persembahan HEART minggu ini? Apakah kejutan yang bakal diberikan pleh mereka?

Sama-sama kita nantikan pada Jumaat ini.

Selain Nora, Datuk Awie dan Altimet juga merupakan juri tetap Muzikal Lawak Superstar manakala Nabil dan Nabila Huda diberi tanggungjawab sebagai hos program berkenaan.

MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com