Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berdepan Ketumbuhan Cyst & Hamil Luar Rahim, Almy Nadia Perlu Jalani Pembedahan Segera

Azwa Rahman
24/09/2022 17:17 MYT
Aktor Datuk Fizz Fairuz berkongsi keadaan terkini isterinya, Datin Almy Nadia yang terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan hamil di luar rahim.

Menurut Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 43, ketumbuhan cyst di dalam badan isterinya itu perlu dibuang segera kerana dikhuatiri akan pecah.

"Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan rahimnya.

“Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah, jadi doktor cadang buat pembedahan segera,” kata Fizz.

Menerusi laman sosial Instagram, Fizz turut berkongsi emosi sedih dengan semua pengikutnya.

Sementara itu, Fizz memaklumkan ujian kehamilan Almy menunjukkan keputusan yang positif namun ketika diperiksa dengan lanjut, rahimnya menjadi kosong.

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)


"Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kecing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.

"Ada cyst yang mengganggu, kena buang cyst itu cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah.

Dalam pada itu, Almy turut berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya cirit-birit, sakit perut dan lemah sejak kebelakangan ini.

"Dia tunjuk simptom demam, cirit birit, sakit perut dan lemah. Itu yang kami pergi buat pemeriksaan doktor tu," tambahnya lagi.

Untuk rekod, Fizz telah mendirikan rumah tangga dengan Almy pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
#Fizz Fairuz #Almy Nadia #Almy Nadia hamil luar rahim #Ketumbuhan Cyst
;