Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

Asyikin Mayudin
06/05/2024 09:13 MYT
Penyanyi dan pelakon popular era 70-an, Datuk Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 3.48 petang tadi.

Berita pemergian arwah disahkan sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Lutfi ketika dihubungi Gempak.

"Betul, ayah sudah pergi meninggalkan dunia kira-kira jam 3.48 petang. Arwah pergi dengan tenang sahaja. Arwah ada masalah jantung.

"Sama-sama kita semua hadiahkan al-Fatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Kesayangan Hamba itu telah dilaporkan menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru di HKL, sejak Sabtu.

Sebelum itu, pelakon Farouk Hussain memaklumkan arwah dalam keadaan tenat dan sudah tidak mampu untuk bercakap.
#Meninggal Dunia #Hail Amir #Jantung #Masalah Jantung
;