HIBURAN
Berdepan Penjara 4 Tahun, Lesti Kejora Mohon Doa
Nama penyanyi Lesti Kejora tiba-tiba menjadi hangat selepas didakwa telah melanggar hak cipta lagu yang dinyanyikan tanpa izin sejak tahun 2018.
Isteri Rizky Billar itu didakwa adik kepada Deddy Dores iaitu Yoni telah membawakan lagu-lagu mendiang abangnya tanpa izin termasuk memuat naik hasil cover dari lagu miliknya ke YouTube.
Tidak berpuas hati dengan tindakan Lesti, Yoni telah membuat laporan polis. Akibat laporan polis yang dibuat, Lesti berdepan penjara empat tahun dan perlu membayar sejumlah denda, lapor InsertLive.
Menerusi kronologi kes, Yoni memiliki hak cipta terhadap beberapa lagu yang dinyanyikan tanpa izin oleh Lesti di bawah syarikt PT ASKM.
Antara lagu yang didakwa telah dinyanyikan semula tanpa izin adalah Cinta Bukanlah Kapal, Bagai Ranting Yang Kering, Arjuna Buaya, Buaya Buntung.
Berdepan konflik tersebut, Lesti juga telah bersiap dengan pasukan peguam untuk membela diri. Meski tidak banyak memberi kenyataan, melalui ayahnya, Endang, Lesti memohon agar semua pihak bertenang dan meminta doa.
“Maaf ya, Lesti hanya mohon doa. Dia pesan begitu (doa),” ujar Endang.
Must-Watch Video