Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Berdepanlah Kalau Berani” - Dikecam Datuk 'Low Class', Aishah Pelik Kenapa Masih Ada...

Hanafis Haris 24/02/2022 | 09:00 MYT

Tiada angin tiada ribut, muncul seorang netizen yang bertindak mengecam penyanyi popular Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Menerusi posting di Instagramnya, Aishah berkongsi satu gambar tangkap layar komen netizen yang mengutuk dirinya sebagai Datuk ‘low class’.
“Datuk low class buat apa,” tulis netizen berkenaan.

Enggan berdiam diri, Aishah terus menghantar mesej kepada individu tersebut menerusi Direct Message (DM).

“Tak ada kerja ke selain masuk Instagram orang caci orang, Kesian muka pun tak tunjuk tak berani ada hati nak kutuk orang.

“Tak ada kerja nak buat ke, Reda Allah macam ni?,” tulisnya.

Jelasnya Aisah dia hairan apabila masih ada yang tidak puas hati.

“Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe.

“Berdepanlah kalau berani cakap apa yg tak puas hati dengan i,” tegasnya.

Sekadar info, Aishah merupakan antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Januari lalu.

Aishah, 57, telah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

Selain Aishah yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan, antara penerima DBNS lain adalah Ahli Dewan Negara Senator Dr Ahmad Azam Hamzah, Pengarah Urusan & Rakan Operasi McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar dan Pakar Perunding Kardiologi Dr. Asri Abdullah Ramaiah.

BACA: Tahniah...Aishah Terima Gelaran Datuk

;